Tuesday, 15 November 2011

Apakah Media dan Teknologi?

Media
  • Media adalah saluran penyampai atau pembawa maklumat antara punca atau sumber dengan penerima yang mewujudkan komunikasi seperti filem, video, gambar foto, risalah, poster dan sebagainya.

Teknologi
  • Teknologi adalah set peralatan, proses, sumber, konsep, sistem, transformasi idea dan cara yang mebantu atau memudah cara dalam kehidupan.
  • Teknologi pendidikan merujuk kepada pemudah cara atau alat yang membantu kepada pembelajaran dan pengajaran
Perbezaan Media dan Teknologi
  • Media bergantung pada perubahan teknologi, manakala teknologi tidak bergantung kepada media tetapi bergantung kepada keupayaan dan kemampuan manusia untuk melakukan transformasi, revolusi, dan inovasi.
Hubungkait Media dan Teknologi
  • Media adalah bergantung kepada teknologi. Media memerlukan teknologi sebagai perantaraan dalam menyampaikan informasi dan menghubungkan komunikasi secara holistik.
Media dan Teknologi dalam Pendidikan
  • Media boleh menjadi sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan teknologi sama ada langsung atau tidak langsung.

Bagaimana menggunakan tekologi dalam p&p
  • Pengajaran dan Pembelajaran adalah proses yang berterusan yang bersifat menyeluruh samada menggunakan peralatan atau alat bantu mengajar, cara komunikasi,
  • Penggunaan teknologi berubah-ubah mengikut kesesuian dan perkembangan semasa
  • dalam p&p, penggunaan teknologi disesuaikan mengikut topik yang diajar.
  • menjalankan proses p&p dengan menggunaka kemudahan ICT
  • menggunakan ict sebgai abm sepert p.p, projektor
  • menggalakkan pelaajar mencari maklumat menerusi internet.
  • memberi tugasa atau projek yang memerlukan penerokaan internet

Friday, 11 November 2011

Thinking Based Learning

         Assalamualaikum dan salam sejahtera, pembelajaran hari ini adalah pembelajaran berasaskan berfikir.. Kemahiran pembelajaran ini lebih berfokus kepada kemahiran mengelasifikasikan secara deduktif menggunakan 'Taxonamy Bloom'.. 


Langkah untuk menjalankan Pembelajaran berasaskan berfikir:
  1. Berikan soalan atau gambar
  2. Kelaskan ciri karekter soalan atau gambar tersebut (besar, dua tingkat, soalan direct dsb)
  3. Analisis setiap ciri karekter yang dikelaskan
  4. Berdasarkan ciri tersebut, apakah kategori soalan atau gambar berdasarkan taxonomy bloom
  5. Kategorikan ia kedalam kotak yang lebih sistematik

Kemahiran ini sangat penting ketika guru ingin menyediakan soalan peperiksaan.. Dengan kemahiran ini, guru akan lebih peka dengan soalan yang akan dimasukkan kedalam set soalan agar lebih bervariasi dan menyentuh keseluruhan kemahiran aras berfikir..

Selamat Mencuba...

Wednesday, 26 October 2011

Semangat Cuti Depa

KEMAHIRAN  MENUTUP

          Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah menutup sesi pengajaran dengan baik agar pelajaran yang diajar berfokus dan pelajar sedar apa yang mereka telah belajar hari tersebut.. Biasanya kemahiran ini akan dilakukan 10 minit terakhir sebelum tamat masa.. Tujuannya adalah agar proses pengajaran tersebut tidak tergantung.. Selain itu, guru juga boleh membuat penaksiran selepas P&P kepada pelajar..

2 aspek ditekankan dalam kemahiran menutup

1. Aspek kognitif

  • Melihat, menstruktur dan meringkaskan hasil pembelajaran
  • Menaksir kefahaman pelajar
  • Pelajar buat refeksi apa yang mereka perolehi
  • Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
  • Memberi kerja rumah
2. Aspek Sosial
  • Nilai afektif (Perasaan memcapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar)
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

          Refeksi adalah satu elemen dimana didalamnya terdapat gabungan2x sepanjang sesi pengajaran.. Membuat refleksi ini adalah tugas wajib guru.. Melalui refleksi inilah guru akan melihat semula kelemahan semasa mereka belajar dan cuba tambahbaikan untuk pengajaran akan datang

Tujuan kemahiran ini adalah:
  1. Kenal pasti masalah/isu yang mungkin akan dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  2. Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  3. Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Saturday, 22 October 2011

18 OKT 2011

KEMAHIRAN MENYOAL

Kemahiran kedua dalam mikro pengajaran ialah kemahiran menyoal.. Kemahiran menyoal juga penting kepada seorang guru agar soalan2x yang ditanya memudahkan pelajar untuk menjawab.. Didalam kemahiran ini juga ada beberapa teknik menyoal soal..

Antara tujuan menyoal adalah:
  • Memulakan inkuiri
  • Memastikan semua pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran
  • Menarik perhatian dan memupuk rasa ingin tahu pelajar
  • Menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • Memberi peluang untuk pelajar berfikir
  • Mengenal pasti dan memperbetulkan miskonsepsi
  • Menaksir kefahaman pelajar

Berikut adalah langkah2x untuk kemahiran menyoal

1. Guru tujukan soalan kepada keseluruhan kelas secara umum
  • Sebelum melontarkan soalan, buat dahulu isyarat untuk menarik perhatian pelajar seperti tepuk tangan, meninggikan sedikit suara dsb
  • Terus lontarkan soalan dengan ayat yang paling ringkas
  • Elakkan bertanya soalan retorik (soalan tidak bermotif, soalan cikgu tanya & cikgu jawab, soalan saja2x cikgu nak tanya)
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam
2. Memberi masa berfikir yang sesuai berdasarkan aras soalan (wait-time)

  • Guru tidak terlalu bersikap demanding dan mendesak
  • Beri pelajar ruangan untuk mereka memberikan jawapan yang terbaik

3. Beri keutamaan kepada sukarela yang menjawab
  • Jika tiada, pilih seorang pelajar secara rawak untuk menjawab soalan
  • Elakkan pelajar menjawab secara ramai2x
  • Panggil nama pelajar dengan elok untuk jawab soalan
  • Jangan pilih pelajar yang selalu menjawab seolan (beri peluang kepada pelajar lain)
4.  Beri respond kepada jawapan
  • Beri penghargaan kepada yang menjawab soalan sprti guru beritahu bagus, tepuk tangan dsb
  • Jangan adili jawapan pelajar
  • Jika jawapan kurang tepat, tanya pelajar lain untuk bantu
  • Bagi klu atau ringkaskan soalan agar mudah pelajar untuk jawab
  • Kaitkan semua idea pelajar
5. Memberi penekanan atau ringkasan tepat/boleh diterima
  • Nyatakab semula tujuaan atau soalan utama selepas sesi soal jawab
  • Gunakan alat pandang dengar


KEMAHIRAN MENERANG

     Kemahiran menerang pula diperlukan untuk memberi ilmu kepada pelajar.. Kaedah menerang perlu berstrategi dan sistematik agar pelajar dapat ikuti kandungan pelajar tersebut.. Semasa menerang, guru perlu aktif bukan duduk dikerusi hadapan sambil membaca buku teks.. Ia salah satu cara menerang yang kurang baik.. Proses menerang adalah penting untuk pemahaman pelajar.. Jika guru gagal menerang dengan baik, banyak miskonsepsi akan berlaku..




Tujuan menerang;
  • Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
  • Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
  • Pelajar dapat mengikut arahan
Jenis Penerangan
  1. Penaakulan
    • Mengunakan proses logik
    • Menstruktur semula konsep atau idea
  2. Intepretatif
    • Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penghayatan
    • Idea, konsep, prinsip atau teori
  3. Diskriptif
    • Menghuraikan proses, struktur dan prosedur
    • Arahan jelas langkah2x menjalankan sesuatu
4 komponen utama dalam menerang

KAEDAH MENCUNGKIL IDEA PELAJAR

MAP CONCEPT

         
 Dalam pelajaran lepas, kami telah belajar 3 cara utama untuk mencungkil idea semasa proses memulakan pengajaran.. Peta Konsep adalah lakaran seperti peta minda yang ditulis diatas sekeping kertas tetapi merangkumi semua konsep2x yang saling berkaitan.. Contoh konsep displacement, time, velocitiy, acceleration, momentum etc.. Proses ini boleh dilakukan diawal sebelum memulakan tajuk baru.. Modus operandinya, minta semua pelajar tutup buku dan keluarkan sekeping kertas.. Guru yang bertindak sebagai fasilitator memberi arahan kepada pelajar mengenai konsep2x yang perlu dibuat oleh pelajar.. Pastikan pelajar diajar dahulu cara membuat peta konsep sebelum memberi tugasan kepada mereka..


Tips untuk membina peta konsep:

  1. Mulai dengan konsep yang paling asas dengan menggunakan kata2x kunci
  2. Bina cabang2x disekeliling konsep asas tadi disambung dengan anak panah kepada konsep2x yang lain
  3. Gunakan bentuk, simbol dan warna yang menarik agar kita mudah untuk ingat
  4. Tulis perkataan yang menunjukkan perkaitan antara konsep2x itu
  5. Buat seperti billboard
          
CARTOON CONCEPT

          Kartun konsep juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar.. Konsep itu ini menggunakan elemen grafik atau gambar ditambah dengan tulisan yang menunjukkan aktiviti yang dilakukan.. Biasanya, kartun konsep ini ditunjukkan melalui gambar2x beberapa orang atau kartun yang sedang berselisihan pendapat satu fenomena sains..

          Guru harus menunjukkan dahulu gambar atau kartun tersebut kepada pelajar dan beri ruang kepada mereka untuk berfikir.. Selepas itu, minta pelajar pilih watak mana dalam lakaran tersebut yang memberitahu pendapat yang betul.. Disitu guru akan dapat menganalisis idea dan pengetahuan sedia ada pelajar..

 

Friday, 21 October 2011

Refleksi Pembelajaran hari Ahad(17 OKT 2011)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

          Memulakan kelas minggu ini, Dr Nurul meminta kami mengisi borang soal selidik mengenai 'Pembelajaran Inkuiri' yang dijalankan pada minggu lepas mengenai tajuk Prinsip Archimedes.. Untuk topik pembelajaran seterusnya adalah mengenai tajuk 'Mikro Pengajaran'. Apa yang saya faham mengenai Mikro Pembelajaran, ia merupakan suatu gabungan kemahiran-kemahiran mengajar yang diperlukan oleh seorang guru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.. Setiap kemahiran itu berlaku secara serentak dalam satu sesi P&P.. Jom kita berkenalan dahulu dengan kemahiran Mikro Pengajaran:

Didalam mikro pengajaran, terdapat 9 kemahiran yang utama iaitu;
  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demostrasi
  6. Mengendalikan perbincangan
  7. Mengendalikan kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Refleksi
KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

          Daripada 9 kemahiran ini, Dr Nurul hanya menyentuh dan memfokuskan satu sahaja daripada 9 kemahiran yang terdapat dalam mikro pembelajaran.. Kemahiran yang pertama ialah kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea.. Kemahiran ini amat penting untuk langkah persediaan awal pengajaran sebelum masuk kepada silibus pembelajaran.. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar betul-betul bersedia untuk menerima pelajaran baru.. Mencungkil idea pula adalah proses mendapatkan apakah pengetahuan sedia ada yang pelajar tahu dan miskonsepsi dalam kalangan pelajar..

Tujuan memulakan pengajaran adalah;

  • Menarik perhatian pelajar
  • Membantu pelajar bersedia
  • Memperkenalkan objektif pembelajaran
  • Membina aliran pemikiran
  • Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar


Untuk mencungkil idea, terdapat beberapa cara untuk menjalankan tugasan ini:
  • Soal jawab keseluruhan kelas
  • Perbincangan kumpulan
  • Demonstrasi guru
  • Kuiz pendek atau praujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept Cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
        
          Aktiviti terakhir P&P hari ini, Dr Nurul meminta kami berada didalam group untuk berbincang., Kemudiannya, seorang wakil kumpulan perlu kehadapan untuk mendemostrasikan kemahiran memulakan pengajaran didalam bilik darjah.. Rahmat telah menjadi wakil harapan kumpulan kami sambil dibantu oleh Kok Keng Hon.. Tahniah kepada Rahmat dan Kok kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik..