Tuesday, 27 September 2011

Hari Khamis Kelas Ganti

          Diakhir kelas Pengajaran, Teknologi & Penaksiran hari Isnin lalu, senyuman terukir apabila Dr. Nurul umumkan kelas hari Selasa dibatalkan. Namun ia tidak berpanjangan apabila kelas akan digantikan hari khamis. Maka tibalah hari khamis yang sepatutnya jadual saya free. Tapi apakah tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu harus dilaksanakan. Pagi tu, saya sampai ke kelas lambat 10 minit. Selepas ketuk pintu, semua mata perhatikan saya (rasa malu pun ada). Dr Nurul terus suruh saya ambil tempat duduk.

Pembelajaran hari ini berkenaan Unit 2 : Model Instruksi. Apa yang saya faham, model intruksi adalah satu struktur atau susunan yang memudahkan model pengajaran. 


Contoh model Instruksi

Pendapat saya, model Instruksi seperti Rancangan Pengajaran Harian yang dilakukan oleh guru di sekolah. Sistem ini sangat baik dilaksanakan kerana ia mampu memberi kefahaman yang betul kepada pelajar. Tetapi, keadaan di sekolah banyak kekangan untuk dijalankan sistem ini. Silibus yang banyak dan perlu dihabiskan banyak merencatkan perjalanan sistem ini. 

No comments:

Post a Comment