Sunday, 25 September 2011

Minggu ketiga - Persoalan Inkuiri Utama & teknik Advance Organizer

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Dalam pembelajaran minggu ini, saya mempelajari persoalan inkuiri utama sistem 'Advance Organizer' yang dikenali dengan akronim 'KWHL'.. KWHL adalah satu sistem pantauan pembelajaran yang ditanya berdasarkan persoalan inkuari.. Didalamnya terdapat beberapa item soalan yang diletakkan didalam beberapa item yang perlu diisi oleh pelajar sebelum pengajaran dan selepas pembelajaran berlaku..


Jom kita berkenalan dengan teknik Advance Organiza;




Inilah yang dinamakan teknik advance organize.. Teknik ini adalah salah satu alternatif model pembelajaran untuk meningkatkan pemahaman siswa terhadap konsep2x..


          Kemudiannya, Dr Nurul meminta kami buat perbincangan dalam kumpulan seramai 6 orang untuk menjelaskan apakah maksud dan bagaimana konsep itu berkait antara satu sama lain.




Persoalan Inkuiri yang ditanya:
1. Pendidikan
2. Instruksi
3. Pengajaran
4. Teknologi
5. Penaksiran
6. Pembelajaran



 Inkuari adalah suatu sifat dalam diri seseorang yang ingin tahu tentang sesuatu. Kok telah dilantik sebagai ketua, Hafiz menjadi pembentang  dan saya sebagai pencatat. Setelah berbincang, kami sepakat menyatakan hubungkait persoalan inkuiri tadi di analogi sebagai pokok;


1. Pendidikan sebagai keseluruhan pokok bagi mencerminkan suatu proses yang lengkap
2. Pengajaran adalah sebagai akar yang menunjangi pendidikan. Jika tiada pengajaran, masakan berlaku pendidikan
3. Teknologi sebagai batang pokok
4. Dahannya dianalogikan sebagai instruksi
5. Pembelajaran sebagai daun
6. Dan penaksiran adalah buah


          Dr Nurul memberi komen sedikit mengenai persembahan idea kumpulan saya. Dia menyatakan penaksiran lebih sesuai di analogikan sabagai daunnya dan pembelajaran sebagai buah kerana orang menilai pokok itu cantik pada daunnya manakala hasilnya adalah pembelajaran yang berkesan ibarat buah tadi. Saya bersependapat dengan Dr. Nurul, tapi kami juga ada hujah untuk mempertahankan kepada kami letak daun sebagai pembelajaran dan buah sebagai penaksiran.


          Selepas sesi pembentangan, ada sesi soal jawab. Yang menjadi banyak persoalan adalah pada item pengajaran. Ada kumpulan yang kata pengajaran itu berlaku secara sehala dan dua hala. Pengajaran boleh berlaku hanya berpusat kepada guru yang dianggap sebagai manusia sahaja (kami tidak setuju!). Setiap kumpulan mengeluarkan idea masing2x dan kami mendapat resolusi bahawa pengajaran ini boleh berlaku berpusat kepada guru. Tetapi guru itu tidak semestinya manusia dan berilmu yang tinggi. Jika apa yang disampaikan bermanfaat, dia boleh dianggap guru.


Sekian terima kasih
to be continue...

No comments:

Post a Comment