Monday, 12 September 2011

Selasa (24 May 2011)

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera


Hari ini selesai sesi pembelajaran kelas kedua minggu pertama subjek pengajaran, teknologi  & penaksiran dibawah kendalian Dr Nurul, banyak perkara baru yang saya tahu dan pelajari.. Pada awal pembelajaran, Dr Nurul menjelaskan tentang apakah itu definasi penaksiran..


Penaksiran ialah proses mengumpulkan dan menafsirkan maklumat tentang pelajari untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Melalui perspektif guru, penaksiran boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu;
  •      Memberi tugasan
  •      Menyoal pelajar
  •      Membuat temubual
  •      dsb
sumber-http://www.cfkeep.org/html/snapshot.php?id=59929781183535


Pelajaran yang kedua hari, Dr Nurul menyuruh kami membuat blog setiap seorang, wikispaces setiap satu kumpulan kecil dan satu seminar separuh hari untuk Projek Base Learning(PBL). Pertama kali buka wikispaces memang memeningkan kami. Untuk kumpulan kami, tugas menjadi administrator untuk wikispaces dipegang oleh Kok.


Blog ialah website peribadi yang memungkinkan para pembuatnya menampilkan berbagai jenis isi pada web dengan mudah seperti karya yang ditulis, kumpula link internet, dokumen2x, gambar ataupun multimedia. Sumber-http://adhiani.wordpress.com/2008/01/10/pengertian-dan-fungsi-blog/


Jadi, inilah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan kepada semua.. Insya Allah, ada masa kita berkongsi lagi..

No comments:

Post a Comment