Wednesday, 5 October 2011

Perang Nuklear!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semboyan perang sudah berbunyi.. Nuklear menjadi subjek utama.. Pasti banyak kerosakan & kemusnahan akan berlaku... Tidaaaakkkkkk......

Erm, lebih2x pulak.. Sebenarnya pada hari Ahad (2/10/11), kumpulan kelas kami telah mengadakan debat terbuka antara penyokong dan penentang tenaga nuklear digunakan di Malaysia.. Tajuk yang diperdebatkan adalah "Malaysia & Nuklear : Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia?".. Saya merupakan salah seorang pendebat di sebelah kerajaan bersama Cik Ain Jamil yang petah berkata.. Manakala Hanafi yang tegas dengan pendiriannya bersatu dengan Cik Hafizah dimeja pembangkang..

Sebelum perdebatan bermula, degupan jantung menjadi laju (mungkin nervous kot).. Namun, apabila memulakan bicara, keyakinan semakin bertambah menyorot ayat demi ayat demi menghujahkan Tenaga Nuklear sangat releven digunakan di Malaysia.. Adat dalam debat, suasana panas sudah pasti timbul sehingga ada audiens yang bangun menyangkal fakta2x yang dikatakan oleh pendebat..

Walauapapun, saya telah mendapat satu pengalaman yang menakjubkan pada hari ini.. Terima kasih kepada semua kawan2x yang membantu memberi dan berkongsi idea bagi mempertahankan hujah2x kami.. Diakhir kelas, ternyata masih ramai bersetuju bahawa nuklear releven digunakan di Negara kita walaupun ada audien yang menukar pendirian mereka.. Dr Nurul turut memberi komen tentang persembahan kami.. Menurut beliau, pihak kerajaan kurang fakta untuk menyakinkan audien.. Bagi saya, perkara itu biasa kerana berada dipihak yang menyokong sudah pasti lebih berat tanggungjawabnya berbanding berada di kerusi pembangkang..

Lupakan bab debat.. Esok kami ada tugasan yang lebih besar iaitu Seminar Malaysia & Nuklear : Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia.. Jemput semua datang yer...

No comments:

Post a Comment