Friday, 21 October 2011

Refleksi Pembelajaran hari Ahad(17 OKT 2011)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

          Memulakan kelas minggu ini, Dr Nurul meminta kami mengisi borang soal selidik mengenai 'Pembelajaran Inkuiri' yang dijalankan pada minggu lepas mengenai tajuk Prinsip Archimedes.. Untuk topik pembelajaran seterusnya adalah mengenai tajuk 'Mikro Pengajaran'. Apa yang saya faham mengenai Mikro Pembelajaran, ia merupakan suatu gabungan kemahiran-kemahiran mengajar yang diperlukan oleh seorang guru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.. Setiap kemahiran itu berlaku secara serentak dalam satu sesi P&P.. Jom kita berkenalan dahulu dengan kemahiran Mikro Pengajaran:

Didalam mikro pengajaran, terdapat 9 kemahiran yang utama iaitu;
  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demostrasi
  6. Mengendalikan perbincangan
  7. Mengendalikan kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Refleksi
KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

          Daripada 9 kemahiran ini, Dr Nurul hanya menyentuh dan memfokuskan satu sahaja daripada 9 kemahiran yang terdapat dalam mikro pembelajaran.. Kemahiran yang pertama ialah kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea.. Kemahiran ini amat penting untuk langkah persediaan awal pengajaran sebelum masuk kepada silibus pembelajaran.. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar betul-betul bersedia untuk menerima pelajaran baru.. Mencungkil idea pula adalah proses mendapatkan apakah pengetahuan sedia ada yang pelajar tahu dan miskonsepsi dalam kalangan pelajar..

Tujuan memulakan pengajaran adalah;

  • Menarik perhatian pelajar
  • Membantu pelajar bersedia
  • Memperkenalkan objektif pembelajaran
  • Membina aliran pemikiran
  • Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar


Untuk mencungkil idea, terdapat beberapa cara untuk menjalankan tugasan ini:
  • Soal jawab keseluruhan kelas
  • Perbincangan kumpulan
  • Demonstrasi guru
  • Kuiz pendek atau praujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept Cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
        
          Aktiviti terakhir P&P hari ini, Dr Nurul meminta kami berada didalam group untuk berbincang., Kemudiannya, seorang wakil kumpulan perlu kehadapan untuk mendemostrasikan kemahiran memulakan pengajaran didalam bilik darjah.. Rahmat telah menjadi wakil harapan kumpulan kami sambil dibantu oleh Kok Keng Hon.. Tahniah kepada Rahmat dan Kok kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik..

No comments:

Post a Comment