Wednesday, 26 October 2011

Semangat Cuti Depa

KEMAHIRAN  MENUTUP

          Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah menutup sesi pengajaran dengan baik agar pelajaran yang diajar berfokus dan pelajar sedar apa yang mereka telah belajar hari tersebut.. Biasanya kemahiran ini akan dilakukan 10 minit terakhir sebelum tamat masa.. Tujuannya adalah agar proses pengajaran tersebut tidak tergantung.. Selain itu, guru juga boleh membuat penaksiran selepas P&P kepada pelajar..

2 aspek ditekankan dalam kemahiran menutup

1. Aspek kognitif

  • Melihat, menstruktur dan meringkaskan hasil pembelajaran
  • Menaksir kefahaman pelajar
  • Pelajar buat refeksi apa yang mereka perolehi
  • Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
  • Memberi kerja rumah
2. Aspek Sosial
  • Nilai afektif (Perasaan memcapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar)
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

          Refeksi adalah satu elemen dimana didalamnya terdapat gabungan2x sepanjang sesi pengajaran.. Membuat refleksi ini adalah tugas wajib guru.. Melalui refleksi inilah guru akan melihat semula kelemahan semasa mereka belajar dan cuba tambahbaikan untuk pengajaran akan datang

Tujuan kemahiran ini adalah:
  1. Kenal pasti masalah/isu yang mungkin akan dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  2. Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  3. Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

No comments:

Post a Comment