Saturday, 22 October 2011

18 OKT 2011

KEMAHIRAN MENYOAL

Kemahiran kedua dalam mikro pengajaran ialah kemahiran menyoal.. Kemahiran menyoal juga penting kepada seorang guru agar soalan2x yang ditanya memudahkan pelajar untuk menjawab.. Didalam kemahiran ini juga ada beberapa teknik menyoal soal..

Antara tujuan menyoal adalah:
  • Memulakan inkuiri
  • Memastikan semua pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran
  • Menarik perhatian dan memupuk rasa ingin tahu pelajar
  • Menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • Memberi peluang untuk pelajar berfikir
  • Mengenal pasti dan memperbetulkan miskonsepsi
  • Menaksir kefahaman pelajar

Berikut adalah langkah2x untuk kemahiran menyoal

1. Guru tujukan soalan kepada keseluruhan kelas secara umum
  • Sebelum melontarkan soalan, buat dahulu isyarat untuk menarik perhatian pelajar seperti tepuk tangan, meninggikan sedikit suara dsb
  • Terus lontarkan soalan dengan ayat yang paling ringkas
  • Elakkan bertanya soalan retorik (soalan tidak bermotif, soalan cikgu tanya & cikgu jawab, soalan saja2x cikgu nak tanya)
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam
2. Memberi masa berfikir yang sesuai berdasarkan aras soalan (wait-time)

  • Guru tidak terlalu bersikap demanding dan mendesak
  • Beri pelajar ruangan untuk mereka memberikan jawapan yang terbaik

3. Beri keutamaan kepada sukarela yang menjawab
  • Jika tiada, pilih seorang pelajar secara rawak untuk menjawab soalan
  • Elakkan pelajar menjawab secara ramai2x
  • Panggil nama pelajar dengan elok untuk jawab soalan
  • Jangan pilih pelajar yang selalu menjawab seolan (beri peluang kepada pelajar lain)
4.  Beri respond kepada jawapan
  • Beri penghargaan kepada yang menjawab soalan sprti guru beritahu bagus, tepuk tangan dsb
  • Jangan adili jawapan pelajar
  • Jika jawapan kurang tepat, tanya pelajar lain untuk bantu
  • Bagi klu atau ringkaskan soalan agar mudah pelajar untuk jawab
  • Kaitkan semua idea pelajar
5. Memberi penekanan atau ringkasan tepat/boleh diterima
  • Nyatakab semula tujuaan atau soalan utama selepas sesi soal jawab
  • Gunakan alat pandang dengar


KEMAHIRAN MENERANG

     Kemahiran menerang pula diperlukan untuk memberi ilmu kepada pelajar.. Kaedah menerang perlu berstrategi dan sistematik agar pelajar dapat ikuti kandungan pelajar tersebut.. Semasa menerang, guru perlu aktif bukan duduk dikerusi hadapan sambil membaca buku teks.. Ia salah satu cara menerang yang kurang baik.. Proses menerang adalah penting untuk pemahaman pelajar.. Jika guru gagal menerang dengan baik, banyak miskonsepsi akan berlaku..




Tujuan menerang;
  • Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
  • Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
  • Pelajar dapat mengikut arahan
Jenis Penerangan
  1. Penaakulan
    • Mengunakan proses logik
    • Menstruktur semula konsep atau idea
  2. Intepretatif
    • Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penghayatan
    • Idea, konsep, prinsip atau teori
  3. Diskriptif
    • Menghuraikan proses, struktur dan prosedur
    • Arahan jelas langkah2x menjalankan sesuatu
4 komponen utama dalam menerang

No comments:

Post a Comment