Saturday, 22 October 2011

KAEDAH MENCUNGKIL IDEA PELAJAR

MAP CONCEPT

         
 Dalam pelajaran lepas, kami telah belajar 3 cara utama untuk mencungkil idea semasa proses memulakan pengajaran.. Peta Konsep adalah lakaran seperti peta minda yang ditulis diatas sekeping kertas tetapi merangkumi semua konsep2x yang saling berkaitan.. Contoh konsep displacement, time, velocitiy, acceleration, momentum etc.. Proses ini boleh dilakukan diawal sebelum memulakan tajuk baru.. Modus operandinya, minta semua pelajar tutup buku dan keluarkan sekeping kertas.. Guru yang bertindak sebagai fasilitator memberi arahan kepada pelajar mengenai konsep2x yang perlu dibuat oleh pelajar.. Pastikan pelajar diajar dahulu cara membuat peta konsep sebelum memberi tugasan kepada mereka..


Tips untuk membina peta konsep:

  1. Mulai dengan konsep yang paling asas dengan menggunakan kata2x kunci
  2. Bina cabang2x disekeliling konsep asas tadi disambung dengan anak panah kepada konsep2x yang lain
  3. Gunakan bentuk, simbol dan warna yang menarik agar kita mudah untuk ingat
  4. Tulis perkataan yang menunjukkan perkaitan antara konsep2x itu
  5. Buat seperti billboard
          
CARTOON CONCEPT

          Kartun konsep juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar.. Konsep itu ini menggunakan elemen grafik atau gambar ditambah dengan tulisan yang menunjukkan aktiviti yang dilakukan.. Biasanya, kartun konsep ini ditunjukkan melalui gambar2x beberapa orang atau kartun yang sedang berselisihan pendapat satu fenomena sains..

          Guru harus menunjukkan dahulu gambar atau kartun tersebut kepada pelajar dan beri ruang kepada mereka untuk berfikir.. Selepas itu, minta pelajar pilih watak mana dalam lakaran tersebut yang memberitahu pendapat yang betul.. Disitu guru akan dapat menganalisis idea dan pengetahuan sedia ada pelajar..

 

No comments:

Post a Comment