Wednesday, 26 October 2011

Semangat Cuti Depa

KEMAHIRAN  MENUTUP

          Diakhir proses pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah menutup sesi pengajaran dengan baik agar pelajaran yang diajar berfokus dan pelajar sedar apa yang mereka telah belajar hari tersebut.. Biasanya kemahiran ini akan dilakukan 10 minit terakhir sebelum tamat masa.. Tujuannya adalah agar proses pengajaran tersebut tidak tergantung.. Selain itu, guru juga boleh membuat penaksiran selepas P&P kepada pelajar..

2 aspek ditekankan dalam kemahiran menutup

1. Aspek kognitif

  • Melihat, menstruktur dan meringkaskan hasil pembelajaran
  • Menaksir kefahaman pelajar
  • Pelajar buat refeksi apa yang mereka perolehi
  • Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
  • Memberi kerja rumah
2. Aspek Sosial
  • Nilai afektif (Perasaan memcapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar)
KEMAHIRAN MEMBUAT REFLEKSI

          Refeksi adalah satu elemen dimana didalamnya terdapat gabungan2x sepanjang sesi pengajaran.. Membuat refleksi ini adalah tugas wajib guru.. Melalui refleksi inilah guru akan melihat semula kelemahan semasa mereka belajar dan cuba tambahbaikan untuk pengajaran akan datang

Tujuan kemahiran ini adalah:
  1. Kenal pasti masalah/isu yang mungkin akan dihadapi bagi tujuan penambahbaikan
  2. Mengenal pasti kekuatan yang boleh dimanfaatkan
  3. Merangka tindakan penambahbaikan dari sudut peribadi dan profesionalisme

Saturday, 22 October 2011

18 OKT 2011

KEMAHIRAN MENYOAL

Kemahiran kedua dalam mikro pengajaran ialah kemahiran menyoal.. Kemahiran menyoal juga penting kepada seorang guru agar soalan2x yang ditanya memudahkan pelajar untuk menjawab.. Didalam kemahiran ini juga ada beberapa teknik menyoal soal..

Antara tujuan menyoal adalah:
  • Memulakan inkuiri
  • Memastikan semua pelajar terlibat dengan aktiviti pembelajaran
  • Menarik perhatian dan memupuk rasa ingin tahu pelajar
  • Menggalakkan pelajar bertanya soalan
  • Memberi peluang untuk pelajar berfikir
  • Mengenal pasti dan memperbetulkan miskonsepsi
  • Menaksir kefahaman pelajar

Berikut adalah langkah2x untuk kemahiran menyoal

1. Guru tujukan soalan kepada keseluruhan kelas secara umum
  • Sebelum melontarkan soalan, buat dahulu isyarat untuk menarik perhatian pelajar seperti tepuk tangan, meninggikan sedikit suara dsb
  • Terus lontarkan soalan dengan ayat yang paling ringkas
  • Elakkan bertanya soalan retorik (soalan tidak bermotif, soalan cikgu tanya & cikgu jawab, soalan saja2x cikgu nak tanya)
  • Ajukan soalan dengan cara yang tidak mengancam
2. Memberi masa berfikir yang sesuai berdasarkan aras soalan (wait-time)

  • Guru tidak terlalu bersikap demanding dan mendesak
  • Beri pelajar ruangan untuk mereka memberikan jawapan yang terbaik

3. Beri keutamaan kepada sukarela yang menjawab
  • Jika tiada, pilih seorang pelajar secara rawak untuk menjawab soalan
  • Elakkan pelajar menjawab secara ramai2x
  • Panggil nama pelajar dengan elok untuk jawab soalan
  • Jangan pilih pelajar yang selalu menjawab seolan (beri peluang kepada pelajar lain)
4.  Beri respond kepada jawapan
  • Beri penghargaan kepada yang menjawab soalan sprti guru beritahu bagus, tepuk tangan dsb
  • Jangan adili jawapan pelajar
  • Jika jawapan kurang tepat, tanya pelajar lain untuk bantu
  • Bagi klu atau ringkaskan soalan agar mudah pelajar untuk jawab
  • Kaitkan semua idea pelajar
5. Memberi penekanan atau ringkasan tepat/boleh diterima
  • Nyatakab semula tujuaan atau soalan utama selepas sesi soal jawab
  • Gunakan alat pandang dengar


KEMAHIRAN MENERANG

     Kemahiran menerang pula diperlukan untuk memberi ilmu kepada pelajar.. Kaedah menerang perlu berstrategi dan sistematik agar pelajar dapat ikuti kandungan pelajar tersebut.. Semasa menerang, guru perlu aktif bukan duduk dikerusi hadapan sambil membaca buku teks.. Ia salah satu cara menerang yang kurang baik.. Proses menerang adalah penting untuk pemahaman pelajar.. Jika guru gagal menerang dengan baik, banyak miskonsepsi akan berlaku..




Tujuan menerang;
  • Menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan
  • Membina pengetahuan dan kefahaman pelajar
  • Pelajar dapat mengikut arahan
Jenis Penerangan
  1. Penaakulan
    • Mengunakan proses logik
    • Menstruktur semula konsep atau idea
  2. Intepretatif
    • Menghuraikan maksud sesuatu istilah atau penghayatan
    • Idea, konsep, prinsip atau teori
  3. Diskriptif
    • Menghuraikan proses, struktur dan prosedur
    • Arahan jelas langkah2x menjalankan sesuatu
4 komponen utama dalam menerang

KAEDAH MENCUNGKIL IDEA PELAJAR

MAP CONCEPT

         
 Dalam pelajaran lepas, kami telah belajar 3 cara utama untuk mencungkil idea semasa proses memulakan pengajaran.. Peta Konsep adalah lakaran seperti peta minda yang ditulis diatas sekeping kertas tetapi merangkumi semua konsep2x yang saling berkaitan.. Contoh konsep displacement, time, velocitiy, acceleration, momentum etc.. Proses ini boleh dilakukan diawal sebelum memulakan tajuk baru.. Modus operandinya, minta semua pelajar tutup buku dan keluarkan sekeping kertas.. Guru yang bertindak sebagai fasilitator memberi arahan kepada pelajar mengenai konsep2x yang perlu dibuat oleh pelajar.. Pastikan pelajar diajar dahulu cara membuat peta konsep sebelum memberi tugasan kepada mereka..


Tips untuk membina peta konsep:

  1. Mulai dengan konsep yang paling asas dengan menggunakan kata2x kunci
  2. Bina cabang2x disekeliling konsep asas tadi disambung dengan anak panah kepada konsep2x yang lain
  3. Gunakan bentuk, simbol dan warna yang menarik agar kita mudah untuk ingat
  4. Tulis perkataan yang menunjukkan perkaitan antara konsep2x itu
  5. Buat seperti billboard
          
CARTOON CONCEPT

          Kartun konsep juga merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar.. Konsep itu ini menggunakan elemen grafik atau gambar ditambah dengan tulisan yang menunjukkan aktiviti yang dilakukan.. Biasanya, kartun konsep ini ditunjukkan melalui gambar2x beberapa orang atau kartun yang sedang berselisihan pendapat satu fenomena sains..

          Guru harus menunjukkan dahulu gambar atau kartun tersebut kepada pelajar dan beri ruang kepada mereka untuk berfikir.. Selepas itu, minta pelajar pilih watak mana dalam lakaran tersebut yang memberitahu pendapat yang betul.. Disitu guru akan dapat menganalisis idea dan pengetahuan sedia ada pelajar..

 

Friday, 21 October 2011

Refleksi Pembelajaran hari Ahad(17 OKT 2011)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

          Memulakan kelas minggu ini, Dr Nurul meminta kami mengisi borang soal selidik mengenai 'Pembelajaran Inkuiri' yang dijalankan pada minggu lepas mengenai tajuk Prinsip Archimedes.. Untuk topik pembelajaran seterusnya adalah mengenai tajuk 'Mikro Pengajaran'. Apa yang saya faham mengenai Mikro Pembelajaran, ia merupakan suatu gabungan kemahiran-kemahiran mengajar yang diperlukan oleh seorang guru untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.. Setiap kemahiran itu berlaku secara serentak dalam satu sesi P&P.. Jom kita berkenalan dahulu dengan kemahiran Mikro Pengajaran:

Didalam mikro pengajaran, terdapat 9 kemahiran yang utama iaitu;
  1. Memulakan pengajaran (termasuk mencungkil idea)
  2. Menyoal
  3. Menerang
  4. Memperkukuh
  5. Membuat demostrasi
  6. Mengendalikan perbincangan
  7. Mengendalikan kerja amali
  8. Menutup pengajaran
  9. Refleksi
KEMAHIRAN MEMULAKAN PENGAJARAN

          Daripada 9 kemahiran ini, Dr Nurul hanya menyentuh dan memfokuskan satu sahaja daripada 9 kemahiran yang terdapat dalam mikro pembelajaran.. Kemahiran yang pertama ialah kemahiran memulakan pengajaran termasuk mencungkil idea.. Kemahiran ini amat penting untuk langkah persediaan awal pengajaran sebelum masuk kepada silibus pembelajaran.. Tujuannya adalah untuk memastikan pelajar betul-betul bersedia untuk menerima pelajaran baru.. Mencungkil idea pula adalah proses mendapatkan apakah pengetahuan sedia ada yang pelajar tahu dan miskonsepsi dalam kalangan pelajar..

Tujuan memulakan pengajaran adalah;

  • Menarik perhatian pelajar
  • Membantu pelajar bersedia
  • Memperkenalkan objektif pembelajaran
  • Membina aliran pemikiran
  • Mengetahui pengetahuan sedia ada dan miskonsepsi pelajar


Untuk mencungkil idea, terdapat beberapa cara untuk menjalankan tugasan ini:
  • Soal jawab keseluruhan kelas
  • Perbincangan kumpulan
  • Demonstrasi guru
  • Kuiz pendek atau praujian
  • Ramal-Perhati-Terang (Predict-Observe-Explain, POE)
  • Peta konsep (Concept map)
  • Kartun konsep (Concept Cartoon)
  • Peristiwa bercanggah (Discrepant event)
        
          Aktiviti terakhir P&P hari ini, Dr Nurul meminta kami berada didalam group untuk berbincang., Kemudiannya, seorang wakil kumpulan perlu kehadapan untuk mendemostrasikan kemahiran memulakan pengajaran didalam bilik darjah.. Rahmat telah menjadi wakil harapan kumpulan kami sambil dibantu oleh Kok Keng Hon.. Tahniah kepada Rahmat dan Kok kerana berjaya melaksanakan tugas dengan baik..

Sunday, 9 October 2011

Seminar "Malaysia & Nuklear: Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia?"



     Akhirnya, detik yang di nanti-nantikan telah tiba.. Setelah melalui meting demi meting, perancangan demi perancangan, masalah demi masalah, akhirnya berlangsung jua Seminar "Malaysia & Nuklear : Adakah Tenaga Nuklear Releven di Malaysia?".. Program setengah hari ini merupakan salah satu tugasan yang perlu dilakukan oleh kumpulan besar kelas Pengajaran, Teknologi & Penaksiran (KPD 3016).. Seminar ini dirasmikan oleh wakil kepada Timb. Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UPSI iaitu Dr Oon dan turut diserikan dengan kehardiran  pegawai daripada Institut Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) mengenai penjelasan kerevelan Tenaga Nuklear di Malaysia berdasarkan kajian yang telah dijalankan selama hampir 10 tahun.. 

Alhamdulillah, seminar itu berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah berlaku.. Banyak perancangan lari kerana kesilapan teknikal termasuk dengan Karenah birokrasi semasa merancang seminar ini.. Oleh itu, kemahiran kepemimpinan perlu ada dalam diri setiap Mahasiswa/wi.. Bila disekolah kelak, tidak perlu lagi terkial-kial mencari tempat bergantung apabila diminta untuk menguruskan organisasi atau program.. Refleksi yang saya perolehi daripada tugasan ini, ia banyak memberi ilmu tentang kepemimpinan.. Selain itu, satu ilmu yang amat berharga saya perolehi adalah 'how to be a good leader'.. Saya sangat2x berterima kasih kepada Dr. Nurul yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami.. Minggu depan, mungkin Dr Nurul akan memberi respon mengenai seminar itu.. 

Kita jumpa minggu depan....

Wednesday, 5 October 2011

Perang Nuklear!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Semboyan perang sudah berbunyi.. Nuklear menjadi subjek utama.. Pasti banyak kerosakan & kemusnahan akan berlaku... Tidaaaakkkkkk......

Erm, lebih2x pulak.. Sebenarnya pada hari Ahad (2/10/11), kumpulan kelas kami telah mengadakan debat terbuka antara penyokong dan penentang tenaga nuklear digunakan di Malaysia.. Tajuk yang diperdebatkan adalah "Malaysia & Nuklear : Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia?".. Saya merupakan salah seorang pendebat di sebelah kerajaan bersama Cik Ain Jamil yang petah berkata.. Manakala Hanafi yang tegas dengan pendiriannya bersatu dengan Cik Hafizah dimeja pembangkang..

Sebelum perdebatan bermula, degupan jantung menjadi laju (mungkin nervous kot).. Namun, apabila memulakan bicara, keyakinan semakin bertambah menyorot ayat demi ayat demi menghujahkan Tenaga Nuklear sangat releven digunakan di Malaysia.. Adat dalam debat, suasana panas sudah pasti timbul sehingga ada audiens yang bangun menyangkal fakta2x yang dikatakan oleh pendebat..

Walauapapun, saya telah mendapat satu pengalaman yang menakjubkan pada hari ini.. Terima kasih kepada semua kawan2x yang membantu memberi dan berkongsi idea bagi mempertahankan hujah2x kami.. Diakhir kelas, ternyata masih ramai bersetuju bahawa nuklear releven digunakan di Negara kita walaupun ada audien yang menukar pendirian mereka.. Dr Nurul turut memberi komen tentang persembahan kami.. Menurut beliau, pihak kerajaan kurang fakta untuk menyakinkan audien.. Bagi saya, perkara itu biasa kerana berada dipihak yang menyokong sudah pasti lebih berat tanggungjawabnya berbanding berada di kerusi pembangkang..

Lupakan bab debat.. Esok kami ada tugasan yang lebih besar iaitu Seminar Malaysia & Nuklear : Relevenkah Tenaga Nuklear di Malaysia.. Jemput semua datang yer...